Zaman bercinta dulu bnyk Daisy berbalas2 emel dgn En.Clover. Tapi sejak kawen nie dh kurang.. Huhu.. teringin balik nk pegi zaman bercinta dulu. Dulu penah hantar emel pasal Pesanan Seorang Isteri Buat Suami. Sekarang Daisy sendiri alami mende2 nie. ;p
Agak2nye, memang sebahagian besar para isteri akan alami perkara-perkara macam ni. Tapi mcmana marah, merajuk, sedih dengan perangai suami, tapi itulah orang yg paling kita sayang. Kalau tak sayang, "ade aku kesah?". Makin sayang pada orang tu, makin kita sensitif dgn setiap gerak geri & perbuatannya. Perkara kecil yang dia buat kita bahagia, kita rasa kitalah orang paling bahagia di dunia ni. Perkara kecil yang dia buat kita sedih atau kecewa, kita rasa "siapa aku dalam hidupnya?"
Tapi kalau dah namanya 'perempuan', rasa marah tu xlama. Asal suami tanya apa2 hal pada kita (bukan memujuk pun.. )kita akan jawab jgk. Bimbang kalau2 perkara yg ditanya penting utk suami. Kalau melayankan merajuk smp xnak berckp langsung tu mmg xkan jadinyer la.. Dalam paper pun biasa kita baca si isteri tetap maafkan suaminya even dh penah kena dera, dilayan dgn buruk dan sbgnya. Sebabnye? Sebab lumrah seorang perempuan berhati lembut. Lebih mudah kasihankan si suami berbanding diri sendiri.
Eh? mcm emo plak. hehehhe.. ;p Daisy just nk pesan kat sumer isteri2, bakal isteri dan diri Daisy sendiri, sayangilah suami anda sebab memang lumrah lelaki kadang kala kurang sensitif dgn perasaan isteri. Kena la blaja terima suami anda seadanya walaupun kadang2 menyakitkan. Untuk para suami pulak, bebanan tugas seorang isteri zaman sekarang dah xsama dgn zaman dulu. Dulu memang la suami bekerja keras, pecah peluh mencari sesuap nasi utk isteri & anak2. Si isteri menjalankan tugas suri rumah & menjaga anak-anak. Sekarang ni suami keje kat opis, isteri pun keje kat opis. Suami keje guna otak, tekan2 keyboard, isteri pun keje guna otak, tekan2 keyboard. Bila balik rumah, suami boleh terlentang baring (penat sgt la tu, bnyk sgt guna tenaga), pastu tido @ mengadap pc main game. Bagi si isteri ni, on the way blk keje, kepala dh ligat pikir nk masak ape. Nnt husband nk makan ape? Barang masak kat umah ape yg ade lg, ape yg dh habis? Smp je rumah, letak handbag, terus masuk dapur, capai sana sini nak masak. Kena masak cepat sbb nnt husband balik, nk makan. Penat mcmana sekalipun, makan pakai suami mesti diutamakan.
So, suami2 sila la pikir2kan perasaan & penat lelah seorang isteri. Memang la lelaki ni kureng bab2 masak @ kemas2 rumah ni. Bukan isteri nk suruh sgt pun suami buatkan. Si isteri pon paham ape yg mampu husband dia buat. At least, bila suami tnya 'ade ape2 yg abg bley tolong?' - huuhh.. terus hilang rasa penat. Tak tolong pun tapi bile si suami bertanya, menunjukkan si suami caring pasal isteri. Penat lelah si isteri ni rupenye menjadi perhatian si suami. Bila suami bertnya ape si isteri buat hari ni, ape yg menarik berlaku hari ni, bersembang & berkongsi cerita bersama2, sentiasa tahu ape masalah isteri, mengambil tindakan termampu sebagai seorang suami - itulah perkara paling berharga dari seorang suami buat seorang isteri.
Daisy ingt lagi ceramah seorang ustaz yg disampaikan masa kursus kawen dulu. Katanya, "Memang bodoh lelaki2 yg marahkan isterinya membebel. Isteri ni bebel sebab itu jela caranya utk dia melepaskan rasa penat dia menjalankan tugas2 dirumah. Suami memang la kurang membebel sbb keje rumah, kamu ke yg buat? Isteri pon ade masa dia sgt tension. Jadi biarlah dia nk melepaskan perasaan dia & ambik la perhatian ape yg diluahkan oleh isteri kamu."
Haaa.. susah kan menjadi seorang perempuan yg bergelar isteri di zaman serba moden ni? So, bakal2 isteri, sediakanlah mental & fizikal yg teguh utk memikul tanggungjwab seorang isteri. Daisy pon baru je lg bergelar isteri tapi pengalaman Daisy setakat ni menyedarkan Daisy bahawa masih bnyk lagi cabaran yg lebih besar menanti di hari-hari mendatang. cheewaahh.. ;p
Ape2 pun, berbincang adalah perkara wajib dalam kehidupan berumah tangga. Jangan main taram "alahh.. xkan laki aku xpaham kot.." memang kompem dia xpaham. Kena luahkan dgn cara yg berhemah, okkayy.. ^^. Ok la, pjgnye berbebel arini. Almaklum la, opis Daisy skang tgh busy perpindahan. So, opis lengang sket skang nie. Hehehehe.. >:D
0 comments:
Catat Ulasan