Sekarang Daisy tgh busy menyiapkan bunga pahar utk majlis kawen adik bongsu Daisy. Sebab dia tau kakak dia nie sukeeee sgt buat keje2 mcm nie, dia serahkan je tugas bunga pahar kat Daisy. Dia jenis yg xkesah sgt. "Akak buat la cane yg akak rase ok, adik xkesah.." Hehehe.. mcm2 jenis bunga yg Daisy dh terpikir. Last2 Daisy nk buatkan bunga tisu a.k.a pom pom flower utk bunga pahar dia.
Sbnrnye, bunga ni memang Daisy dh berniat nak buat utk majlis kawen Daisy dulu tapi dikaburi oleh bunga dip, Daisy pilih utk buat bunga dip. So, niat dulu disambung utk majlis kawen adik Daisy plak.. hehe ^^
Kena wat elok2 nie sebab ni la kenduri kawen terakhir dlm famili Daisy.. Setakat semalam, Daisy dh siap buat 100 kuntum bunga (2 pahar). Tinggal nk hias2, cantum kat lidi, letak net telur..
Contoh yg dah siap dipasang
Hehe.. macam2 jenis watermark Daisy guna. Ni yg last. Simple & kemas. Huhu.. Idea menghias ni mula2 skali lain. Then, Daisy tnya kat En.Clover, "ok x?" dia kata "eermm... macam pelik je.."
Bila Daisy renung 10x, nmpk mcm alien plak. Hahaha.. Lastly, ni la yg ok. En.Clover pon kata "yg nie ok sket. Tak serabut." Hehehehe (^3^)
0 comments:
Catat Ulasan